Dah dekat seminggu, sem 3 dah habis. Tak sangka sekejap je
sem kali ni. Before ni, first sem kat uni tak adalah rasa sekejap sangat. Maybe
sem ni Nampak agak busy dan packed. Core subject banyak sikit kali ni. Haha.
Nampaknya sem-sem akan datang ni pun macam tulah. Apa yang aku boleh kata just
‘fighting’ ‘aku boleh buat’ even though penyakit malas selalu sangat menyerang.
Even time study week. Cakap pasal study week, exam kali ni agak mencabar. Huhu.
Sem lepas just baca je sebab bio ngan chem. Kali ni, physics, chem 2, math ngan
rka. Macam apa je. Exercises memang sangat diperlukan tapi malas yang teramat
sangat. Alhamdulillah, semuanya berjalan agak baik dan last day of examination
week tu, paling puas hati *ok ni over-confident sikit*. Paper paling aku yakin
adalah paper fardhu ain. Haha. Sebabnya aku baca dan masuk plak time exam.
Actually, orang lain just taklah kesah sangat paper ni tapi aku macam fikir
‘aku kena pass paper ni’. Apa-apa jelah.
Sem 3. Sangat padat. Schedule dan juga ilmu maybe. Nak kata
aku fully-scheduled punya student tak adalah. Aku bukan aktif sangat kan? Semua
alasan je. Aku tahu. Just sem ni best la. Ada kemajuan. Instead of studying
punya stuff.
Ada satu masa ni, uni buat program macam konsert. Lagi baik
persembahan nasyid? Ha…macam tulah. Aku nak la pergi sebab teringat zaman-zaman
sekolah dulu*cehh*. Tapi seriously, tak tahu nak ajak siapa. Dormmate balik
rumah kot so, aku pun ajaklah dalam dua orang kawan. Unfortunately, dua-dua tak
boleh pergi atas sebab-sebab tertentu. Time tu sebenarnya aku dah ‘ter’beli
tiketnya. Malam tu,*ok ni memang desperate* aku pergi la sorang-sorang. Dalam
hati kata, ‘ok. Pergi je. Mesti ada benda baik Allah nak bagi ni.’ Dan memang
tu apa yang aku dapat malam tu. Satu, memori zaman-zaman sekolah kononnya. Dua,
memori dan nasihat yang sangat berharga. Terima kasihlah, grup nasyid yang
datang. Bab cerita pasal mak ayah tu memang aku suka. Yes, ramai yang nangis.
Huhu. Dan lagi satu, mungkin Allah tahu konflik yang aku ada before datang, ada
seorang sis yang rajin menegur aku. Tapi, maaflah. Aku lupa nama dan coursenya.
:’)
Ada lagi satu nak share. Hari sabtu pagi. Sebenarnya aku
patutnya pergi satu kem ni, tapi rupanya salah tarikh. Hari tu asrama aku buat
sukaneka. Aku nak la join sebab dah lama tak beraktiviti kan? Keseorangan lagi.
Haha. Turunlah join. Time nak buat team aku masuk jelah mana-mana pun. Tak
kesahlah, lagipun memang seorang je. Seriously cakap, aku tak sangka team tu
supporting. Diorang geng tapi sangat menjemput aku dalam team *mungkin perasaan*.
Thanks a lot guys. Even aku tak banyak cakap, diorang faham. Course engine
semua tu. Ada satu game ni, kakiku terseliuh. Huhu. Tapi aku senyap jelah.
Bukan game berat pun. Game bola beracun. Haha. Balik bilik kaki mula
terhinjut-hinjut*betul ke bm aku ni? Dah lama tinggal*. Alhamdulillah, ada
beberapa hamba Allah yang baik tolong bagikan ubat sapu. *aku tak pulangkan
balik lagi -,-” *
Sakit. Seliuh kaki. Demam panas satu malam. Bukan dalam satu
masa la. Nak cakap terima kasih daun keladi sebab care pasal aku. Especially
dormmates. Even tak tolong physically, aku tahu diorang care pasal aku. Thanks
a lot friends. Even dua orang senior. Aku memang tak bagitahu orang aku sakit
tapi korang nampakkan aku punya ‘lakonan’? haha. Bangun-bangun tu, ada orang
kat sebelah tolong hulurkan Panadol. Macam tau-tau je XD Truly sincerely
thanks. Even aku tak cakap pun. Sorry -,-‘’ Teringat plak time hujan lebat satu
hari tu. Kilat memang sangat kuat. Dah tutup tingkap langsir bagai tapi tetap
bayangan cahaya nampak dari dalam bilik. Insaf semua. Teringat malam jumaat
plak dah. Huhu. Takut sampai duduk kaku setempat. Tak berani nak pegang apa-apa
dah. Gerak pun tak berani. Mulut je dok bercerita time tu. Lawak la korang ni.
Thanks for those moments.
Sebenarnya, nak cakap pasal moments memang banyak. Team
works, assignments, talks, of course. Sangat banyak. Sangat berharga dan
bermakna. Kawan-kawan pun sangat baik, tak tahu nak cakap macam mana dah. Thank you for all the time and moments we
share together. I’ll cherish them always, in shaa allah. Sahabat-sahabat 02 ni,
bila plak korang nak jumpa? Hihi ^^
Comments