assalamualaikum ^^
ana nak kongsi sedikit mengenai menjaga hati dan perasaan . semua orang sekarang mesti pernah berasa susahnya nak jaga hati orang dalam masa yang sama kita nak jaga hati kita juga , kan ? tak kisah la kalau hati itu hati kita mahupun hati orang lain . memang susah nak jaga hati ini kalau tak ada iman dalam hati . iman dalam hati masing-masing semuanya lain-lain . betul tak? hati dan perasaan ini akan selalu berubah mengikut peringkat iman kita . ada 2 peringkat iman iaitu iman meningkat dan iman menurun tapi kalau iman seseorang itu tinggi , hati orang lain termasuklah hatinya juga akan terjaga .ana nak bawa satu kisah masa ana di sekolah . ana ini tak adalah baik sangat nak jaga hati orang lain , tapi ana selalu mencuba walaupun kadang-kadang ada juga orang yang terasa . ana pernah satu hari ditegur oleh kawan ana , dia kata " alia , ko ada nampak apa-apa tak kat aku ?" , ana pun tengoklah dia dari bawah sampai atas tapi ana tak nampak apa-apa pun , ana pun kata " tak ada apa-apa pun , apa bendanya ?" dia kata " aku rajin , kan?" lepas tu , dia gelak . ana faham yang dia mungkin nak sindir ana yang pemalas la juga kan... dan ana rasa diri ana sangatlah kecil dibandingkan dengan dia . tapi ana cuba jaga hati dia dengan ana kata " hehe...apalah ko ni... ye la tu... " padahal dalam hati tu allah je yang tahu . dan lepas tu , ana cuba untuk menjadi lebih rajin . alhamdulillah , ada sedikit peningkatan . betul la ada hadis kata , lebih kurang macam ni la bunyinya , kalau kita memuji akan membawa kepada sikap riak dan ujub seseorang , tapi kalau kita mengkritik akan membawa seseorang tu untuk mencari kelemahannya dan mengubahnya kepada yang lebih baik . jadi , jangan la berputus asa dari menjaga hati dan iman serta sentiasa la kita lihat balik diri kita kalau ada yang perlu diubah . teruskan la bermujahadah di jalan Allah dan sentiasalah berada di bawah perlindungan-Nya . Amiin..

Comments